Tuesday, December 21, 2010

LAWAK KER??

LAWAK 1
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”


LAWAK 2
ade 3 sahabat bername Gila, Gaduh & Otak.

pd 1 hari, Gaduh hilang,gila & otak mencari kemane mane tp xjumpe jugak..last2,diorg g la balai polis.bermule la dialog ini.



Polis: Ya encik boleh sy bantu?

Gila: Sy dtg nak cari gaduh.

Polis: Awak ni gile ke?!! (sambil menengking)

Gila: ye sy gile.

Polis: Ish awak ni xde otak ke?!!!

Gila: Otak ade tggu kat luar.

Polis: Awak ni mmg cari pasal! (menahan marah)

Gila: Sy bkn nak cari pasal,sy nak cari gaduh! kawan sy yg hilang..!


LAWAK 3
ni bahana tak faham bahasa inggeris la ni...ceritanya mcm ni

ada sorang budak darjah empat ..dia bawak balik borang biasiswa..tapi borang tu tulis dlm bahasa inggeris pulak..sampai je kat rumah dia pun panggil bapak dia yg dah tua tu ..umur pun dah dekat 60 thn dah....

anak: pak ni cikgu bagi borang biasiswa ni suruh isi

bapak: tulis lah nak ...........

anakya pun tulislah nama,alamat ,no kad pengenalan dan yg lain2.tapi yg si bapak ni jadi muskil ada satu bahagian tu ..iaitu SEKS

...sibapak ni pulak tak paham kan masksudnya jantina....tiba2 je dia jadi marah....matttt takkan itu pun cikgu nak tauuu...si anak ni cakapp...betul pak cikgu kata kena isi semua baru boleh dapat biasiswa nii...isssshhh betul ke ni matt.. takkan itu pun nak tau jugaaaa...betul pakkk.. cepatlah bagi tauu...setelah berfikir panjang bapak nya pun kata..... KAU TULISLAH TIGA KALI SEMINGGU...

hahahahaaaa..........lain kali belajar bahasa inggeris dgn betul


LAWAK 4
Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...

Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."

Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."

Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."

Isteri: "Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.

Hadi: "Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu.."


LAWAK 5
Seorang gadis berambut perang telah pergi ke

sebuah kedai elektronik..



Gadis : Saya ingin menbeli TV ini..

Penjual : Sorry, barang ini tidak di jual untuk orang berambut perang..



Gadis berambut perang itu segera bergegas pulang dan terus menyembur

rambutnya. Lalu dia pergi semula ke kedai tadi dan berkata kepada

penjualnya..



Gadis : Saya ingin membeli TV ini..

Penjual : Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang..



Gadis itu berfikir..

"Oh, dia masih mengenaliku'..lalu gadis itu melakukan perubahan

100% kepada dirinya. Dia memotong rambutnya dan mewarnakannya

dengan warna baru, memakai pakaian baru dan kaca mata besar.

Gadis itu menunggu beberapa hari, lalu dia pergi semula ke kedai itu..

Dia pergi ke penjual itu dan berkata,



Gadis : Aku ingin membeli TV ini..

Penjual : Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang..



Kerana kecewa gadis itu bertanya..



Gadis : Bagaimana kamu tahu aku yang berambut perang..

Penjual : Kerana ini bukan TV tapi Microwave..