Monday, December 27, 2010

MALAYSIA BOLEH!!!

CONGRATES utk team bola sepak M'SIA coz menang dlm perlawanan menentang INDON..3-0 beb!! caya lah...smlm tgk bola kat nilai (TV) jer..ahakss~~ yg paling best kat sana bl dpt th M'SIA menang siap ade mercun berdentum2..punyalah semangat kn..then bl nk blk cheras agak JEM ckit coz ikut sg.besi, tambah lak dorng yg tgk bola kat stadium mmg keluar ikut jln yg sama kn..masing dok kibar bendera M'SIA..kira xde la tension sgt coz masing2 dok hon2 kereta & motor tanda happy dgn kemenangan M'SIA..

kt jgn dok puji pemain saje tp kene tabik kat jurulatihnya K.RAJAGOBAL...tanpa dia team M'SIA x bergerak gak kn..so kita tunggu perlawanan seterusnya pulak coz masih ade masa 90 minit lg..lg sekali nk ckp LUV U M'SIA..caiyookk3!!

Friday, December 24, 2010

MERRY CHRISTMAS!!

1st of all nk wish SELAMAT HR NATAL@MERRY CHRISTMAS kpd sesapa yg merayakannya..mungkin terlalu awal nk wish kan tp xpe la drpd lmbt wish better wish awal2..ahaks~~

bila tiba je hari natal secara x langsung mmberi benefit kpd org lain yg x menyambutnya seperti kita la kn..ape "benefit"nye?? ape lg kalau bukan CUTI!!! tp esok sabtu so x rasa sgt la kenikmatan cuti tu kn..hahahah..

MERRY CHRISTMAS!!! hohohohohohoh

Tuesday, December 21, 2010

LAWAK KER??

LAWAK 1
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”


LAWAK 2
ade 3 sahabat bername Gila, Gaduh & Otak.

pd 1 hari, Gaduh hilang,gila & otak mencari kemane mane tp xjumpe jugak..last2,diorg g la balai polis.bermule la dialog ini.



Polis: Ya encik boleh sy bantu?

Gila: Sy dtg nak cari gaduh.

Polis: Awak ni gile ke?!! (sambil menengking)

Gila: ye sy gile.

Polis: Ish awak ni xde otak ke?!!!

Gila: Otak ade tggu kat luar.

Polis: Awak ni mmg cari pasal! (menahan marah)

Gila: Sy bkn nak cari pasal,sy nak cari gaduh! kawan sy yg hilang..!


LAWAK 3
ni bahana tak faham bahasa inggeris la ni...ceritanya mcm ni

ada sorang budak darjah empat ..dia bawak balik borang biasiswa..tapi borang tu tulis dlm bahasa inggeris pulak..sampai je kat rumah dia pun panggil bapak dia yg dah tua tu ..umur pun dah dekat 60 thn dah....

anak: pak ni cikgu bagi borang biasiswa ni suruh isi

bapak: tulis lah nak ...........

anakya pun tulislah nama,alamat ,no kad pengenalan dan yg lain2.tapi yg si bapak ni jadi muskil ada satu bahagian tu ..iaitu SEKS

...sibapak ni pulak tak paham kan masksudnya jantina....tiba2 je dia jadi marah....matttt takkan itu pun cikgu nak tauuu...si anak ni cakapp...betul pak cikgu kata kena isi semua baru boleh dapat biasiswa nii...isssshhh betul ke ni matt.. takkan itu pun nak tau jugaaaa...betul pakkk.. cepatlah bagi tauu...setelah berfikir panjang bapak nya pun kata..... KAU TULISLAH TIGA KALI SEMINGGU...

hahahahaaaa..........lain kali belajar bahasa inggeris dgn betul


LAWAK 4
Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...

Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."

Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."

Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."

Isteri: "Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.

Hadi: "Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu.."


LAWAK 5
Seorang gadis berambut perang telah pergi ke

sebuah kedai elektronik..



Gadis : Saya ingin menbeli TV ini..

Penjual : Sorry, barang ini tidak di jual untuk orang berambut perang..



Gadis berambut perang itu segera bergegas pulang dan terus menyembur

rambutnya. Lalu dia pergi semula ke kedai tadi dan berkata kepada

penjualnya..



Gadis : Saya ingin membeli TV ini..

Penjual : Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang..



Gadis itu berfikir..

"Oh, dia masih mengenaliku'..lalu gadis itu melakukan perubahan

100% kepada dirinya. Dia memotong rambutnya dan mewarnakannya

dengan warna baru, memakai pakaian baru dan kaca mata besar.

Gadis itu menunggu beberapa hari, lalu dia pergi semula ke kedai itu..

Dia pergi ke penjual itu dan berkata,



Gadis : Aku ingin membeli TV ini..

Penjual : Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang..



Kerana kecewa gadis itu bertanya..



Gadis : Bagaimana kamu tahu aku yang berambut perang..

Penjual : Kerana ini bukan TV tapi Microwave..

Wednesday, December 15, 2010

SEBELUM dan SELEPAS

Bila terlalu tekun mmbuat kerja mata jadi layu so utk kembalikan blk kesegaran mata ni kita saje search ape2 yg menarik utk menarik perhatian mata ni..hahhaha...ni antara gmbr2 baby b4 & after di touch up...


CUTE..FUNNY..


semua comel2 belaka...gerammmmmmmmmmmmmm

Thursday, December 2, 2010

AQILAH's STORY

Last 2 weeks ada hari graduasi TADIKA KAWANKU...excited la si aqilah(my nephew) tu..tambah pulak dia ade buat persembahan lg laa bertambah2 excited dia..hahahha..
actually kita x pegi pun tapi disebabkan mama aqilah pinjam kamera kita so dpt gak aa tgk gmbr2 sekitar majlis tu..huuhuh...


beria betul aqilah ni..make up tebal x nk kalah..hahahha...


sgt comeLLLL....


Monday, November 29, 2010

REUNION 5si3 2010



Tarikh : 28/11/2010
Lokasi : Batu 3 Port Dickson
Masa : 10 pg - 4.30 ptg
Menu : Nasi goreng, mee hoon goreng, nasi putih, ayam masak merah, kari daging,
sayur goreng, BBQ(ayam,sosej), kek aiskrim, air oren, mineral, pisang
Aktiviti : Mandi manda, bola tampar, banana boat
Mood : ENJOY!!


^^hajar & yati sdg menunggu bdk2 lain sampai..we all berkumpul @tol sg.besi pkl 8pg.Gerak dr KL ke PD konvoi 4 kereta jer..bdk2 lain terus gerak ke PD..bila semua dh ade we all breakfast @hentian seremban coz masing2 lapar giler..

^^smp jer sana kaum2 lelaki pasang khemah


bila khemah dh siap masing2 get ready utk aktiviti seterusnya iaitu MANDI!!! yg ade anak seronok la melayan anak mandi kat laut tp yg xde anak sibuk bergambar jer laa...hihihihihi





^^^dorang tgh excited nk naek banana boat...mmg seronok tp kita x dpt join coz ade sbb2 yg x dpt di elakkan..hehehee..




**itu saje yg kita nk share dgn korang pasal reunion kami utk 2010..tq coz spend time bc blog yg x seberapa ni..ngeh3...buuubbyeee**

Friday, November 12, 2010

AIR TANGAN KU.....

Kali ni nak story bab memasak (walaupun kita x teror memasak)..heheheh.....2 hari lps mak kita x berapa sihat dan x larat nk buat keje umah termasuk la nk memasak..so mak suruh kita masak..puas la dok fikir nk masak ape coz kita jarang memasak (selalu mak yg masak..kita tahu makan jer..hihihi) so lastly kita decide masak nasi goreng cina+telor dadar+kerabu ikan bilis...rasanye semua org tahu buat nasi goreng cina & telor dadar kn tp kerabu ikan bilis x semua tahu kot..=)

^^ni ikan bilis goreng sebelum di "kerabu" kn..hehhehe...^^

^^yg ni la "kerabu ikan bilis"^^


keesokan harinye kita mc sbb mak x sihat lg..so kita kene la jadi chef lagi..keh3..hari ni mak request nk makan kuah asam bendi & bubur nasi..dalam kita x reti nk buat semua tu kene la buat2 tahu...adoiyai...

^^bendi sblm di transform jadi kuah asam^^

^^ni la hasilnya "kuah asam bendi"^^


habis je masak kita tengok ade mangga kat dlm peti ais..ape lg kita pun buat la "kerabu mangga"..huhuhuhu

^^mangga^^

^^"kerabu mangga" tp pahit sikit sbb kacang yg kita goreng TERHANGUS..hehehe..tu la namanya budak baru belajar kn..lalalalal~~ ^^

**sorry la kalau ade sape2 rasa menu2 yg kita buat ni menu yg SENANG sgt nk buat..tp bagi org yg jarang memasak menu yg SENANG tu adalah menu yg paling SUSAH & SUKAR utk di buat..wink***

Tuesday, November 9, 2010

MEGAMIND 3D + CUTI2 CINTA

Movie..movie..movie..bila org tgh bercinta mmg suka tgk movie sbb xde bnd lain bole buat selain tgk movie..hiihihi..so weekend lepas kita dgn shak tgk movie CUTI2 CINTA kat the curve & MEGAMIND 3D kat wangsa walk..

masa mula2 nk tgk rasa excited..dlm hati kita ckp "mst best cite ni"..tp bl dh tgk rasa biase je, x best sgt tp disebabkan ade scene yg kelakar so terhibur gak aa..maybe sbb x ramai pelakon & lokasi dlm movie tu membuatkan cerita tu x best sgt..so utk CUTI2 CINTA kita bg 2 bintang..hehehehhe...=)


NEXT MOVIE.......

movie ni pilihan shak..mmg best giler aa movie ni..jalan cerita pun best..movie ni bnyk aksi lucu so mmg x boring aa tgk..

sape2 yg x tgk lg better pegi tgk coz movie ni mmg best...kita bagi 5 bintang utk movie ni..heheheh...oppssss...lupa lak, kalau nk tgk make sure tgk yg 3D mmg enjoy...so lastly kita nk ckp "OLLO MEGAMIND" huhuhuhuhuhuh......

Monday, November 8, 2010

MR.SHAK dalam paper KOSMO 2009!!


Meskipun hidup tanpa teman, ikan laga mampu menghiburkan dirinya dengan mengembangkan ekor dan insangnya.
.
Kebolehan ikan laga menyesuaikan diri hidup sendirian merupakan antara faktor mengapa anak muda dari Ipoh, Perak ini menggemari haiwan tersebut.
.
Meminati ikan laga sejak kecil, Mohamad Shakirinal Amin Zolkarnain, 22, mengakui ikan laga adalah istimewa.
.
"Saya suka lihat cara hidupnya. Ikan laga boleh hidup sendirian tanpa berasa bosan dengan cara menghiburkan diri sendiri. Ia akan menghiburkan dirinya dengan mengembangkan ekor dan insangnya. Ikan ini memang istimewa," kata Shakirinal kepada GenK menerusi perbualan telefon di Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurutnya, ikan laga boleh mengembangkan ekornya tiga kali ganda lebih besar daripada saiz asalnya.
.
"Tabiat semula jadi ikan ini adalah 'pantang' bertemu dengan ikan laga yang lain. Jika bertemu, pasti ikan-ikan laga ini akan bergaduh sesama sendiri. Sebab itulah, ikan laga terpaksa hidup sendirian," tambahnya sambil menjelaskan ikan-ikan laga betina bagaimanapun boleh hidup secara berkoloni.

Memiliki lima ekor ikan laga pada masa ini, Shakirinal berkata, dia pernah memelihara 20 ekor laga dalam satu masa.
.
"Ada antaranya telah saya lepaskan ke tasik dan ada yang mati memandangkan ikan jenis ini hidup tidak lama. Biasanya, jangka hayatnya tidak sampai empat tahun," katanya sambil menjelaskan, dia mula menggemari ikan laga dan memeliharanya sejak berumur lima tahun.
.
Namun ketika itu, dia yang masih kanak-kanak tidak begitu pandai memelihara ikan laga dan hobi itu terpaksa dihentikan. Apabila Shakirinal berusia 18 tahun, barulah hobi itu disambung semula iaitu ketika dia belajar di sebuah politeknik.
.
Satu lagi daya tarikan ikan laga adalah ia cantik dan boleh didapati dalam pelbagai warna seperti biru, pic, merah, kuning, ungu dan macam-macam lagi.
.
"Ada sesetengah pemelihara yang bijak akan mengkacukkan haiwan ini sebagai salah satu cara eksperimentasi bagi mendapatkan pelbagai warna ikan.
.
"Sebenarnya, warna ikan ini juga dipengaruhi oleh persekitaran. Warnanya yang cantik boleh pudar dan hilang kalau ia mengalami tekanan. Itu sebabnya, pengetahuan tentang ikan ini penting jika seseorang mahu memeliharanya," katanya sambil menjelaskan ikan laga boleh mengalami tekanan disebabkan air di dalam bekas peliharaannya kotor.
.
Bercerita tentang bagaimana ikan tersebut dikacukkan memandangkan ia 'pantang' bertemu ikan laga yang lain, Shakirinal berkata, ikan laga betina yang diletakkan di dalam satu bekas akan di masukkan ke dalam akuarium ikan laga jantan. Jadi, ikan laga jantan hanya boleh melihatnya tetapi tidak boleh mendekatinya.
.
"Tinggalkan ia begitu selama sehari. Esoknya, ambil bekas yang mengisi ikan laga betina dan keluarkannya. Pada mulanya, anda akan lihat ikan-ikan itu seperti bergaduh tetapi selepas itu, mereka akan melakukan hubungan. Apabila ikan laga betina selesai bertelur, pindahkan ikan itu ke bekasnya sebelum ikan laga jantan menyerangnya," kata Shakirinal sambil menjelaskan ikan laga jantan akan memelihara telur sehingga menetas.
.
Katanya, apabila menetas, ikan laga jantan akan dipindahkan ke dalam bekas atau balang yang lain.
.
"Ikan laga betina dan anak-anak ikan laga yang masih kecil boleh tinggal bersama," jelasnya ringkas.
.
Selain itu, katanya, beliau memelihara ikan laganya di dalam akuarium kecil atau balang dan memberinya makan guppy (makanan khas untuk ikan laga) empat kali sehari. Kalau di habitat asalnya, ikan laga gemar makan lumut dan apa sahaja hidupan kecil di dalam air.
.
Mengenai kebersihan, Shakirinal akan mencuci tempat tinggal ikan laga peliharaannya sekali dalam dua hari. "Tetapi, kalau kita tinggalkan rumah selama 10 hari, ikan ini masih boleh hidup," ujarnya yang memberitahu harga ikan laga adalah antara RM3 hingga RM6 seekor.
.
Namun begitu, sejak tiga bulan lalu, Shakirinal terpaksa berpisah dengan ikan-ikan laganya apabila mula bekerja di Kuala Lumpur.
.
"Apabila rindu, saya akan balik ke kampung untuk melihat ikan-ikan laga saya," katanya yang meminta bantuan abangnya untuk menjaga ikan-ikannya itu.
.
sumber: Kosmo! online

Monday, November 1, 2010

MOOD : BABY

Holla everybody..hari ni nk story psl baby..hehehe..x th nape nk sgt main dgn baby..fikir punya fikir sape la ade baby utk kita pinjam kejap..hihihihi..anak2 sedara sume dh besar2..mula2 nk main dgn anak yati (my BFF) tp anak dia x berapa sihat so kena la cari baby lain..keh3..so pada 31/10/10 tertunai la impian kita nk main dgn baby (cousin shak punya anak)..sgt comel baby tu secomel namanya ALEESYA AMANDA..

bila tgk baby tu senyum rasa tenang je..pendek kata bl pegang je baby rasa seronok sgt..hhehehe...walaupun gambar2 x berapa clear sgt coz baby tu x nk duk diam tp kita still nk bergambar..=)



x sabar rasanye nk main dgn baby sendiri..insyaallah..impian itu akan terlaksana gak 1 hr nnt kn..huhuuhuu

Saturday, October 23, 2010

MEREKA SGT SECOCOK

Hari ni ida nk cite pasal Angkasawan negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar & Dr.Halina. Semua dh th dorang dh kawen & rasanya belum terlambat lg kot nk wish SELAMAT PENGANTIN BARU..mst dorang tgh honeymoon skrng ni..hehehe..cite psl wedding dorang mmg x kan hbs sbb mmg wedding of the year la katakan..dr sudut tarikh, pakaian, pelamin, tetamu & kek semua unik..Pre-wedding dorang pun mmg cantik giler aa..mmg tabik aa kat photographer tu coz pandai pilih lokasi, pakaian & environment yg sgt cantik membuatkan mood ida nk tgk pic dorang berkali2 tanpa jemu..




Hopefully rumahtangga dorang akan kekal sehingga akir hayat & akan dikurniakan anak2 yg comel..rs x sabar lak nk tgk anak2 pasangan doktor ni..heheh..sekali lagi ida nk wish SELAMAT PENGANTIN BARU ^_^

Thursday, October 21, 2010

KALAU BERPACARAN

Lagu ni best giler..1st dgr lagu ni kat suria fm & my comment waktu tu "gelabah betol lagu ni" tp bl dh hr2 dgr rs mcm syok lak..lagu ni sesuai utk couple2 yg tgh asyik dok bercintan cintun (termasuk la tuan empunye blog ni)..hahaha

Sohaimi Mior Hassan)
Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

(Korus)
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

(Ana Raffali)
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihku disambar buaya

(ulang Korus)

(Altimet)
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga ha ha ha
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

(ulang korus)

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
bertambah sayang (nanti konfirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)